Wednesday, 8 June 2011

Buku2...

Assalamualaikum....yg ni buku motivasi Islamik tao...Kerana-MU Aku Berubah...buku ni dtujukan khas kpada manusia yg bernama perempuan... Banyak perkara tentang Islam yg diceritakan dalam buku ni...buku ni best tao...sbb cre pnympaian mesej oleh Ruhana Zaki seolah2 dye sdg bercakap dgn kite...korang cubelah bce..Harga buku ni RM18.00....


Ni serba sedikit tntang buku ni...

Ilmu Illahi tiada kesudahannya. Semakin digali semakin tidak cukup. Oleh kerana itu, marilah kita menjadi hamba-Nya yang tawadhuk, yang tidak malu untuk mengakui kesilapan diri. Elakkanlah menjadi insan yang bangga diri. Bergaullah dengan golongan yang bersih dan luhur mereka, barulah kita kenal akan akhlak mulia.

Matlamat nyawa kita bukanlah di duni semata-mata. Nyawa kita masih diperlukan di alam abadi nanti. Ketika itulah tingkah laku di dunia menjadi cagarannya. Nikmatilah stipa denyut nafas yang dipinjamkan-Nya mengikut acuan yang telah ditetapkan syariat. Cara hidup Islam bukan untuk menyusahkan sesiapa, sebaliknya menjanjikan kebahagiaan abadi yang berganda-ganda.

Kerana-MU Aku Berubah mengajak kita mencintai Illahi dan Islam, satu-satunya agama dan cara hidup yang diredhai. Allah S.W.T sudah ada janjinya. Yakinlah... Dia sentiasa menyediakan jalan pulang. Seluas lautan, setinggi langit dan segunung dosa sekalipun, setiap kekhilafan masih boleh dibasuh. Disucikan dengan keinsafan dan taubat yang bersungguh-sungguh.



Sekian untuk kli ini... <3

No comments:

Post a Comment