Sunday, 28 August 2011

Fadhilat solat berjemaah.

    Dari Ibn "Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
                           "Solat berjemaah lebih utama dari solat sendirian" 27 darjat
                                            (HR Bukhari dan Muslim)


40 Fadhilat Solat Berjemaah:
 1. Mendapat darjat yang besar dari Allah S.W.T.
 2. Dapat memenuhi tuntutan perintah Allah S.W.T.
 3. Sebagai saksi keimanan kepada Allah S.W.T.
 4. Dapat memenuhi tututan perintah Rasulullah S.A.W.
 5. Terpelihara dari sifat munafik.
 6. Diampuni Allah S.W.T dosa yang lalu.
 7. Amal utama yang disukai Allah S.W.T
 8. Mendapat pahala yang besar dari Allah S.W.T.
 9. Menyamai solat separuh malam atau sepanjang malam.
 10. Dapat masuk syurga Allah S.W.T.
 11. Selamat dari azab api neraka.
 12. Amalan pertama dihisab oleh Allah S.W.T di akhirat.
 13. Selamat dari kekafiran.
 14. Selamat dari lalai mengingati Allah S.W.T.
 15. Memperoleh anugerah istimewa dari Allah S.W.T.
 16. Memperolehi kemenangan dan kejayaan di dalam hidup.
 17. Memperoleh belas kasihan Allah S.W.T.
 18. Mendapat cahaya dalam khidupan.
 19. Dapat menegakkan agama Islam.
 20. Syarat diterima segala amalan.
 21. Mendapat penghormatan besar dari Allah A.W.T.
 22. Dapat meneguhkan iman kepada Allah S.W.T.
 23. Melahirkan rasa takut dan gerun terhadap kebesaran Allah S.W.T.
 24. Memperolehi kelapangan rezeki dari Allah S.W.T.
 25. Mendapat naungan Allah S.W.T. di hari kiamat nanti.
 26. Dapat menyucikan hati.
 27. Dapat membentuk sifat sabar.
 28. Dapat menguatkan ikatan persaudaraan.
 29. Dapat mencegah segala kemungkaran.
 30. Dapat melahirkan sifat tawadhuk kepada Allah S.W.T.
 31. Dapat melahirkan sifat dermawan.
 32. Jalan keluar dari kesusahan hidup.
 33. Dapat membentuk disiplin yang baik.
 34. Dapat membentuk ahli keluarga yang mencintai ibadah.
 35. Mendapat rahmat Allah s.w.t.
 36. Selamat dari syirik kepada Allah S.W.T.
 37. Mendapat selawat dari Allah dan para Malaikat-NYA.
 38. Selamat dari gangguan syaitan.
 39. Dapat memudahkan melintasi titian Siratul Mustaqim.
 40. Memperolehi kehidupan yang diredhai Allah S.W.T.


Jadi, jomlah solat selalu solat berjemaah lepas nih!!

Assalamualaikum....:)

Friday, 26 August 2011

Ya Allah....

Assalamualaikum...

post kali ni saya crite something kepada sesiapa yg ter'lawat' blog saya....

Erm....sbenarnyesaya teringin nak pelajari lgi ilmu agam....saya suke dengar org tarannum, tilawah, qiraat..sedangkan saya tak boleh...rse sedih mnyelubungi hati pabila mereka yg bekebolehan tu dpat pelajarinya. Erm...kat skolah sye pakai tdg labuh, kat luar sye bias2 sje...tp ttp tutup aurat....yg membezakannya, kelabuhan tdg shje.... tp, mgkin ade segelintir hati yg melabelkan sye seorg yg hipokrit...oh, tidak...sye benar2 suke mmakai tdg sedimikian...rse selesa...kalau boleh sy sndiri ingin pkai tdg seprti tu, di mana-mana sahje sye perlu brhdpan dgn llki bukan mahram...tp, keadaan msih tak mengizinkan sye berbuat demikian. Sye tak tahu ape respon ibu n bpa sye kalu2 sye berbuat sdmikian...skrg ni pon ibu sye smkin plik dgn perubhn sye...hmm.... Alhamdulillah...mgkin Allah bukakan hati sye...tp, dalam diam2 sye rse tkut, kalau2 ader tercalitnya sifat munafik dalm diri saya ini...Ya Allah...Kau jauhkanlah aku daripada sifat2 orang yang munafik, Ya Allah.....Amin...
Sesungguhnya orang yg munafik ini tempatnya di neraka yg di bawah sekali...Saya takut sgt2....
Kalu boleh lepas SPM saya nak masuk mne2 tempat yg mengajarkan ilmu agama Islam dgn lebih dalam lgi....tp, ade ke? Untuk insan yg tidak menguasai  ilmu Al-Quran, ilmu tauhid dan sebagainya...Ya Allah...Kau bantulah aku...Amin...

Assalamualaikum...:)

Anggun Pesona Aurat Terpelihara



Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.
Jika dibandingkan wanita Islam dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk menutup aurat. Cuba lihat wanita barat yang meluncur di atas ais dengan hanya memakai bikini atau mungkin tanpa berpakaian.
Merekalah yang sebenarnya telah didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak bernilainya mereka di mata masyarakat.
Sedarkah anda wahai wanita bahawa Islam telah menerangkan dengan jelas kepada kita, siapakah yang selayaknya melihat aurat kita di dalam al-Quran.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah an-Nur: 31]
Konklusinya dengan lebih mudah, mahram seorang wanita, yang boleh melihat auratnya ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi;
  1. Bapa kandung
  2. Bapa mertua
  3. Bapa susuan
  4. Anak kandung
  5. Anak tiri (yakni anak suami)
  6. Anak susuan
  7. Saudara lelaki kandung
  8. Saudara lelaki susuan
  9. Anak saudara lelaki
  10. Bapa saudara
Namun wanita kini, mereka sendiri dengan sesuka hati mendedahkan aurat  dan mahkota mereka tanpa rasa berdosa kepada yang bukan mahram. Malah lebih parah lagi, lelaki yang seharusnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita membiarkan sahaja isteri, anak, adik, sahabat dan saudara mereka mendedahkan aurat.
Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?
Di mana istimewanya lelaki yang bergelar suami berbanding dengan lelaki lain di luar sana yang mendapat HAK yang sama dengannya? Apakah mereka merasa biasa dengan situasi itu? Sungguh rugi dan dayuslah mereka.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah al-Ahzab:59]
Dan tahukah anda lelaki, bahawa ada empat golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke Neraka kelak andai mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka..
01.Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke Neraka oleh anaknya.
02.Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.
03.Abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adiknya di Akhirat nanti.
04.Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di Akhirat kelak.
Jadi bersediakah anda kaum lelaki untuk ditarik ke Neraka oleh anak, isteri, adik dan ibu anda? Oleh itu, laksanakanlah tanggungjawab anda bagi memastikan wanita-wanita ini tidak menarik anda ke Neraka tetapi memimpin anda ke Jannah.
Kita pula sebagai kaum wanita seharusnya menjaga martabat kita selaku wanita yang mana sudah jelas Islam memandang tinggi martabat wanita. Nah, apalagi yang kita mahu, Syurga terbentang sedia, masih Neraka yang didamba? Sungguh rugi dan celakalah jika demikian rupa.
Wallahu'alam.
- Artikel iluvislam.com

Tanda -Tanda Malam al-Qadar | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tanda -Tanda Malam al-Qadar iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, 12 August 2011

Suara Hati Hanny...

Bismillahhirahmanirrahim...
    Assalamualaikum...

erm.....thun ni, aq nak Ramadhan better dri thun lpas dr sgi amalan..Insya-Allah...thun lpas truk..hurmm.......
    bile tiba Ramadhan tahun nih....rse mcm ta sonok plak....tak bleh nak bka puase ngan fmily stiap mggu cam 3 thun yg lepas...pastu...aq teregtlaa kat fmily aq...erm...aq terengatkan kwn2 lme dulu...
FIQA, SHIQA, HAIZA, DILA, NURIN, ANA, AIN, E-CAH....
korang tahu tak, aq rindu sama kamoo...............arh........aq tergt time kte bkak puase sme2 dlu...kte moreh sesame..huhuh....thun neyh...berbeda mcm 3 thun lpas...bile mao jumpe???

HuhUHUHUHu...

uwaa................kat sini tak best...huhuhuhuh......

Ermm....tarawih, kat sini pon dimamkan oleh peljar tahfiz..yg bezanyer bdak tahfiz ni bru umor 16-17thun...kalau kat chulan dak2 INTIM...Institut Tadbiran Islam Negeri....So, atas 18 laa yer...hehehe....
haha...aq nak bgtao  ni.....bdak2 tahfiz yg dtg tuh poplar sgt kat asrama perempuan semaian...erm...yerlaa....bile bdak tahfiz tu msuk jer kat d.m, sume pndg dorang...aku tak..oke, aq ngaku ade pandang tp, skilas jer..tak brani nak pndg lebih...jge pndgn...hehe...cewahh...btulla...haha...agk2 popular di dalam dorm aq...hihihi,...well, kat SEMAIAN neyh, ssah bebeno nak mncri llki yg alim....ermm...